
19 MEI 2010- Pemeriksaan "spotcheck" dijalankan ke atas kelas tingkatan dua oleh Badan Disiplin SMKTA, diketuai oleh En. Abdullah Sani bersama-sama lima orang guru lelaki dan guru perempuan. Spotcheck yang bermula jam 3.30 petang selama lebih kurang satu jam telah mengesan beberapa barang yang dibawa oleh pelajar yang menyalahi peraturan sekolah. Antaranya dua buah telefon bimbit yang dirampas daripada dua orang pelajar perempuan.
Harapan pihak sekolah, terutama Badan Disiplin SMKTA agar pelajar dapat mematuhi peraturan barang-barang larangan yang menjadi sebahagian peraturan sekolah.
BARANG LARANGAN SELAIN TELEFON BIMBIT
Segala bahan dan barangan yang berkaitan dengan tembakau untuk tujuan HISAPAN
Segala bahan dan barangan yang dikategorikan sebagai dadah atau berkaitan dengan penyalahgunaan dadah
Bahan-bahan yang dikategori sebagai arak atau bahan memabukkan samada diminum, dimakan, dihidu atau sebarang cara yang boleh memabukkan
Segala bentuk dan jenis barangan yang dikategorikan sebagai senjata, sama ada berbahaya atau tidak berbahaya atau palsu yang menyerupai barangan asli
Barangan yang dikategorikan sebagai bahan berbentuk permainan dan perjudian, samada yang dibeli atau buatan sendiri
Bahan media hiburan audio-visual, samada berbentuk CD, DVD, MP3, majalah, komik dan seumpama dengannya
Bahan lucah dalam segala bentuk atau barangan yang tidak bersesuaian, atau barangan kegunaan orang dewasa
Segala bentuk peralatan pertukangan atau dikategorikan sebagai spanar, cat, cat “spray” dan peralatan untuk kegunaan alat ganti basikal atau kenderaan
Bahan-bahan dan peralatan persolekan seperti gincu, bedak, minyak rambut atau gel.
Barangan aksesori seperti gelang tangan, anting-anting, rantai leher atau barangan yang dilekatkan pada pakaian dan badan.
Pihak sekolah juga telah dua kali mengedarkan surat berkaitan peraturan mengharamkan telefon bimbit di SMKTA kepada semua penjaga.
SURAT YANG TELAH DIEDARKAN KALI PERTAMA:
Ruj.Kami: SMKTA 02/04/11 ( 73 )
TARIKH: 13 HB SEPTEMBER 2007
Kepada,
Semua Ibu-bapa, Penjaga Murid SMKTA
Tuan/Puan,
MAKLUMAN BERKAITAN LARANGAN MEMBAWA DAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH DAN DI ASRAMA
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan pihak sekolah sekali lagi memaklumkan tentang MEMBAWA DAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH DAN DI ASRAMA.
2. Sepanjang awal tahun 2007 sehingga Akhir Ogos 2007, pihak sekolah mendapat banyak kes berkaitan penggunaan telefon bimbit yang memberi kesan negatif kepada murid dalam proses pembelajaran, pemantapan disiplin dan sahsiah, serta kesan kepada pencapaian akademik.(Sila rujuk lampiran yang disertakan: Masalah Penggunaan Telefon Bimbit di SMKTA)
3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah amat berharap pihak ibu-bapa/penjaga/tuan/puan dapat memberi perhatian,memantau serta memastikan anak/murid di bawah jagaan tuan/puan tidak membawa telefon bimbit ke sekolah dan ke asrama.
4. Pihak sekolah juga akan mengambil tindakan tegas dengan MEMULANGKAN SEMULA TELEFON BIMBIT YANG DIRAMPAS PADA HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN mengikut peraturan BARANG LARANGAN yang terdapat dalam Buku Peraturan Sekolah, serta dikenakan penalti DEMERIT 10 MATA.
5. Sekian. Perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului ucapan terima kasih.
“AKHLAK TERPUJI PEMANGKIN KECEMERLANGAN”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HAJAH NAJUAH BINTI ABDUL MANAF)
Pengetua,
SMK Tengku Abdullah, Pekan.
CATATAN: Peraturan ini telah diusulkan dalam Mesyuarat PIBG dan diluluskan.
No comments:
Post a Comment