Pada 22 April 2010, jam 12.30 tengahari, Koperasi SMK Tengku Abdullah, Pekan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-23. Dalam pembentangan agenda mesyuarat dan pembentangan penyata tahunan koperasi, Puan Zalila binti Jamaludin, Bendahari koperasi telah memaklumkan keuntungan kasar koperasi telah meningkat hampir 100% bagi Tahun 2009. Pada tahun 2009, Koperasi SMKTA mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM 40,010.46 berbanding keuntungan pada tahun 2008 sebanyak RM 21,586.09.
Pada tahun 2010, Koperasi SMKTA menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20% yang mana nilainya adalah lebih kurang RM 200,000.00. Sasaran awal keuntungan adalah sebanyak RM 45,000.00. Sehingga Mac 2010 Koperasi SMKTA telah mengumpul jualan sebanyak RM 100.000.00.
Bagi meningkatkan perkhidmatan di kedai koperasi, dua orang pembantu telah diambil berkhidmat untuk membantu dan mengurangkan beban kerja ALK. Barang jualan dan perkhidmatan kepada pelajar juga ditambah. Perkhidmatan seperti fotostat dan binding kini lebih cepat. Stok baru tali leher, lencana dan baju T sekolah telah dijual di kedai koperasi.
Memaparkan berita aktiviti terkini sekolah terutama di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
12 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(21)
-
▼
May
(19)
- TAK FAHAM.....
- USAHA BERTERUSAN MENCERIAKAN SMKTA
- PEMANTAUAN KELAS PERSEDIAAN
- MASIH BAWA HANDPHONE KE SEKOLAH
- MESYUARAT ALK KOPERASI SMKTA SESI 2010/2011
- REBUTAN WARGA SMKTA.......
- GOTONG-ROYONG PERDANA SMKTA 2010
- PELANCARAN PROGRAM STRAIGHT A 2010
- PROGRAM TAFDIL JUMUAH MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR
- SELAMAT BERANGKAT
- PERATURAN MENGHADIRI KELAS TAMBAHAN / SEMINAR PADA...
- WARGA SMKTA GEMBIRA
- TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN SMKTA
- WARGA SMKTA PERLU PRIHATIN KEHADIRAN ORANG TIDAK D...
- KOPERASI SMKTA MENCATATKAN KEUNTUNGAN 100%
- PELAJAR SMKTA MASIH TIDAK HIRAUKAN KESELAMATAN
- PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH BERJALAN LANCAR
- LAWATAN GPK HEM KE ASRAMA PUTERI SMKTA
- PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH 2010
-
▼
May
(19)
No comments:
Post a Comment