Memaparkan berita aktiviti terkini sekolah terutama di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

05 June 2010

Punch-Card Terakhir di SMKTA


4 MEI 2010- Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Cikgu Norhafiza bt Mat Yassin kerana telah berjaya berpindah ke negeri asal dan akan berkhidmat di SMK Kuala Krai, Kelantan. Pihak sekolah terutama JK HEM SMKTA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Norhafiza yang memberikan komitmen yang tinggi ketika menjadi SU Biasiswa SMKTA, bersama-sama dengan Cikgu Ariani Yahya, Cikgu Suhaila dan lain-lain. Semoga Cikgu Norhafiza gembira dan berjaya dalam kerjaya.

28 May 2010

TAK FAHAM.....


28 MEI 2010- Tak faham dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir warga SMKTA, terutama pelajar tingkatan empat. Mengapa gemar sangat keluar dan ponteng sekolah selepas waktu rehat? Mereka-mereka ini ada yang telah dipanggil penjaga ke sekolah, ada yang sudah digantung sekolah dan sudah menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik. Malah salah seorang yang saya panggil juga berambut ala Punk, yang bertentangan dengan peraturan disiplin sekolah. Apakah sebabnya? Masih tidak cukup taklimat yang diberi? Masih tidak ingin akur dengan ingatan setiap kali perhimpunan? Entahlah...mungkin lama-lama jadi bosan nak layan.

Followers