Memaparkan berita aktiviti terkini sekolah terutama di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

28 July 2010

Lama Tidak Mencatat

Sehingga ke hari ini, 28 Julai 2010, saya tiadak mencatat sebarang aktiviti yang dilaksanakan di SMKTA, terutama di bawah HEM SMKTA. Sebenarnya banyak aktiviti dan program yang dilaksanakan, tetapi kerana tiada gambar-gambar yang berkaitan saya ambil, dan susahnya hendak dapatkan dari guru yang mengambil gambar, maka saya tidak terbitkan catatan saya.
Sehingga kepada tarikh hari ini, antara program yang dilaksanakan ialah Kejohanan Padang dan Balapan SMKTA 2010, Pelancaran Hari Koperasi Peringkat Sekolah, Program Penghayatan Solat anjuran JK Bina Insan, Program Riang-Ria Asrama yang dilaksanakan oleh JK Asrama serta Program Kesedaran HIV/AIDS.
Kepada guru-guru SMKTA yang ingin menerbitkan catatan program mereka menerusi laman web hemsmkta, harap dapat berjumpa dengan saya.

Followers